Jumlah kutipan filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL untuk 4 hari tayangan adalah RM 5.3 JUTA. Terima kasih di atas sokongan semua penonton dari hari pertama tayangan lagi. Teruskan menonton filem ini di pawagam-pawagam terdekat.

Nampaknya animasi kita memang setanding animasi luar negara. Baru sahaja 4 hari ditayangkan di pawagam, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ sudah mencatat kutipan RM5.3 juta.

Berita ini dikongsikan di laman Instagram Upin & Ipin dan ditambah lagi dengan musim cuti sekolah ketika ini, tidak mustahil untuk filem ini mendapat kutipan melebihi RM10 juta dalam masa beberapa hari lagi.

Rata-rata yang sudah menonton memuji filem ini yang sarat dengan nilai positif serta jalan ceritanya yang menarik untuk ditonton oleh semua peringkat umur.

Jika anda belum menonton, silalah ke pawagam berdekatan dan bawa anak kecil anda bersama. Jangan keluar awal kerana seperti juga filem Marvel, ada end credit yang menarik untuk anda tonton.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here