Thailand Muncul Negara Pertama Di Asia Halalkan Penggunaan Ganja. Thailand merupakan antara megara yang mempunyai undang-undang yang sangat ketat tentang penggunaan dadah. Namun, hari ini negara gajah putih itu menjadi negara Asia pertama yang menghalalkan penggunaan dadah jenis Ganja untuk tujuaan perubatan.

Penggunaan ganja untuk tujuan perubatan telah lama dibenarkan beberapa negara seperti Columbia dan Kanada tetapi bagi negara Asia Tenggara, ganja tidak dibenarkan dan hukuman berat akan dikenakan jika berlaku penyalahgunaan dadah tersebut. Malah, penyeludup ganja boleh dikenakan hukuman mati di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Thailand meminda Akta Narkotik 1979 dalam Dewan Perundangan Nasional berikutan terdapat paten daripada syarikat asing yang memerlukan ganja dalam perubatan yang pastinya membolehkan mereka mendominasi pasaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here