25 Februari lalu, sebuah feri dilaporkan telah mengalami kebakaran semasa perjalanan dari Langkawi ke jeti Kuala Perlis. Feri yang dikelolakan oleh Dragon Star Shipping berkenaan membawa 52 orang penumpang ketika kejadian berlaku.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Marin semalam telah membatalkan kesemua perjalanan feri milik syarikat berkenaan. Dalam satu kenyataan, berkuatkuasa semalam (18 Mac 2019) syarikat Dragon Star dilarang beroperasi daripada kesemua terminal penumpang di Kuah, Langkawi; Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Keputusan ini dikeluarkan selepas mendapati rekod perkhidmata syarikat berkenaan tidak memuaskan. Ini termasuklah tahap kecekapan pengurusan keselamatan penumpang dan ini secara tidak langsung merisikokan keselamatan penumpang.

Sebelum ini, syarikat Dragon Star Shipping digantung operasi serta merta sehari selepas insiden yang berlaku pada 25 Februari berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here