REAL Madrid dilaporkan sedia menukar pemainnya Gareth Bale dengan Eden Hazard.

Bale dikaitkan sedia meninggalkan Santiago Bernabeu biarpun Zinedine Zidane kembali menguruskan pasukan itu, namun rekod kecederaan dan gaji akan menyekat perancangannya itu.

Menurut laporan Mirror Football, Los Blancos sedia untuk ‘memburu’ Hazard yang telah lama diintai dan bakal menawarkan sesuatu yang menarik kepada bintang Chelsea itu.

Sekiranya benar berlaku, ia dianggap impian menjadi kenyataan buat Hazard yang sudah lama mengidam menyarung jersi kelab La Liga.

Dia juga tanpa berselindung menyatakan Zidane adalah idolanya sejak zaman remaja.

Menurut laporan HLN, kontrak telah siap untuk kedua-dua kelab tetapi masih belum mencapai sebarang persetujuan.-OneFootball

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here