Ketika ini kecoh dengan isu kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz enggan menceraikan isterinya meskipun Nabila telah mengemukakan beberapa alasan dia ingin berpisah. Antaranya, nafkah RM500 sebulan yang diberikan oleh aktor itu tidak cukup, tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun dan mereka juga sudah tidak ada persefahaman lagi. Segala usaha untuk berdamai tidak berjaya.

Neelofa bagaimanapun ada memuat naik beberapa status berbaur sindiran yang menimbulkan persoalan kepada siapa agaknya kata-kata itu ditujukan? Agak pedas juga kata-kata Neelofa, menyifatkan seseorang kuat berdrama.

Menurutnya dia jarang meluahkan apa yang terpendam di dalam hati namun kali ini isu yang berlaku sudah agak keterlaluan.

Neelofa perli siapa agaknya? Adakah berkaitan dengan isu panas melibatkan kakaknya yang sedang hangat diperkatakan ketika ini?

sumber: beautifulnara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here