MINAT Conor McGregor mungkin dalam Ultimate Fighting Championship (UFC) dan menjadi atlet nombor satu dunia, tetapi zaman kanak-kanaknya mencintai dunia bola sepak, khususnya Manchester United.

Bercakap kepada Fifa baru-baru ini, anak kelahiran Dublin, Ireland itu membicarakan mengenai hubungannya dengan bola sepak.

Malah beliau memberi harapan buat pasukan Red Devils pada musim ini untuk sampai ke kemuncak.

“Manchester United dulunya adalah pasukan (kegemaran) saya. Ada satu hari saya memakai jersi United warna kelabu, yang dibeli pada usia lapan tahun,” kata bintang berusia 30 tahun itu.

“Saya melihat anak saya bila saya mengambil gambar itu. Saya teringin nak tahu di mana ia (jersi) sekarang.

“Ia benar-benar jersi yang terkenal! Saya tertarik dengan mentaliti kelab itu terhadap kejayaan dan kemenangan, serta orang-orang di sekeliling United,” ujarnya.

Bagi McGregor, tiada sesiapa dalam sukan yang akan menyamai dirinya sendiri. 

Bagaimanapun, dia merasakan Zlatan Ibrahmovic berkarisma berusaha sedaya upaya untuk mencuba.

“Saya menghormati Zlatan dan pemikiran positifnya-kemenangan, tetapi biar saya berterus-terang… hanya ada satu Conor McGregor!

“Zlatan Ibrahimovic cuba menjadi Conor McGregor bagi bola sepak – selamat maju jaya buatnya,” tambah beliau. – Daily Mail UK


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here