Baru mengumumkan berita kehamilan baru-baru ini, nampaknya Juliana Evanskini sedang menikmati percutian bersama suami di Pulau Rendang, Terengganu. Tapi ramai pula yang tidak senang dengan gambar-gambar yang dikongsikan.

Menerusi Instagram milik Jue, beliau telah berkongsikan gambarnya memakai pakaian mandi berwarna hitam putih. Namun ramai mendakwa pakaian dalam itu terlalu seksi untuk dipakai oleh seorang wanita Muslim.

Memang penuh ruangan komen Che Puan itu dibanjiri peminat yang terkejut. Ada juga yang menasihati agar Jue memikirkan dosa pahala yang terpaksa ditanggung suami dengan membiarkan aurat terdedah.

Bagaimanapun Jue tanpa menghiraukan komen pedas netizen, terus menikmati percutian mereka dengan memuat naik gambar bersama suami pula di pantai. Apapun selamat bercuti buat pasangan ini!

Sumber: Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here