Pasti semua tahu bahawa Fasha Sandha mengalami keguguran Jun lalu ketika kandungannya mencecah hampir enam minggu selepas disahkan hamil setelah dua bulan berkahwin dengan pelakon Aidil Aziz.

Bagaimanapun, baru-baru ini foto yang dimuat naik Fasha di Instagram mengejutkan peminatnya kerana bahagian perutnya kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.

Meskipun ramai yang bertanyakan tentang perkara itu, namun tiada jawapan balas daripada Fasha berhubung berita tersebut. Namun, teka-teki akhirnya terjawab apabila ibunya, Hatijah Teh Man menjawab komen dari seorang netizen sekaligus mengesahkan perkara tersebut.

Jika benar berita ini, sudah pasti peminat Fasha dan Aidil tidak sabar menantikan perkhabaran berita itu daripada Fasha sendiri. Apa pun kami mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan baik-baik belaka.

sumber: rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here