HUKUM MENYELAM KETIKA BERPUASA.

Menyelam bagi orang yang berpuasa hukumnya makruh. Tidak ada suruhan mandi dengan menyelam dalam syaria’. Jadi jika ada orang yang berpuasa melakukan mandi, baik mandi wajib, sunat mahu pun mandi biasa, namun dengan cara menyelam, apabila ada air masuk ke dalam rongga, meskipun dengan cara tidak disengaja, puasanya batal. 

يفطر مطلقا – بالغ أو لا – وهذا فيما إذا سبق الماء إلى جوفه في غير مطلوب وكانغماس في الماء – لكراهته للصائم – وكغسل تبرد أو تنظف.

membatalkan puasa secara mutlak baik dengan mubalaghah atau tidak. Demikian berlaku jika ada air masuk secara tidak sengaja ke tubuh ketika mandi yang tidak dianjurkan oleh syara’ (bukan mandi wajib/sunnah) seperti menyelam kerana dimakruhkan bagi orang yang berpuasa, juga sebagaimana orang yang mandi supaya segar dan bersih. (As-Sayyid al-Bakri, I’anatut Tholibin 2/265)

Kerana menyelam hukumnya makruh bagi orang berpuasa maka kesan sampingan masuknya air ke mulut atau lainnya termasuk perkara yang membatalkan puasa.

Kaedah Fiqh menyebutkan

الرضا بالشيء رضا بما يتولد عنه 

Setuju terhadap satu perkara, setuju juga segala kesan sampingnya.

Orang yang setuju menyelam ketika ia tahu yang ia sedang berpuasa, berarti ia setuju terhadap kesan sampingan masukknya air ke dalam lubang kedua mata, kedua telinga, hidung, dubur atau kemaluan. Seolah-olah ia (sengaja) masuknya air ke lubang-lubang tersebut. 

Sayyid Bakri menganggap batalnya puasa ini secara mutlak tanpa melihat bagaimana kebiasannya. Bahkan, dalam urusan menyelam, Imam Nawawi menegaskan, jika orang yang puasa sudah terbiasa bahawa bila dia menyelam akan mengakibatkan air masuk, maka hukum menyelamnya adalah haram.

نعم إن عرف من عادته ذلك حرم عليه الانغماس وأفطر قطعاً إن تمكن من الغسل على غير تلك الحالة

Tetapi, jika ia tahu apabila dalam melakukan penyelaman biasanya mengakibatkan masuknya air, maka hukum menyelam menjadi haram dan pasti puasanya batal. Hukum demikian apabila masih memungkinkan untuk mandi tanpa harus menyelam. (Syeikh Nawawi al-Jawi, Nihayatuz Zain 166)

Dengan keterangan ini, dapat kita simpulkan bahawa hukum menyelam bagi orang yang tahu bahawa ia sedang berpuasa adalah makruh. Bila terjadi air masuk ke lubang yang tersebut (sengaja atau tidak sengaja), batal lah puasanya. Bila ia terbiasa menyelam dan mengakibatkan ada air yang tertelan atau masuk lubang lain (meski) dengan tanpa sengaja, orang tersebut tidak hanya batal puasanya tapi juga berdosa kerana menyelam dalam keadaan tersebut adalah haram.

PENTING

Dalam menerangkan hukum, terangkan lah dengan jelas dan kurang kan lah melawak. Belajar lah dari sikap guru-guru pondok dalam menerangkan sesuatu hukum seperti Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang dan lain-lain. 

والله أعلم

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here