“Kenapa nak takut kalau tak bersalah?”

Haqiem Rusli mendedahkan tidak akan melaporkan kepada polis mengenai foto individu miripnya tidur bersama seorang wanita tular di laman sosial baru-baru ini

Penyanyi berusia 21 tahun itu menegaskan bahawa foto berkenaan hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab dipercayai cuba menjatuhkan imejnya.

“Itu hasil suntingan. Pada mulanya, saya mahu membuat laporan polis, tetapi ibu menasihatkan agar saya biarkan saja.

“Ibu nasihatkan saya kenapa nak takut kalau sayat idak bersalah dalam hal itu. Lama-lama perkara ini akan lenyap,” katanya seperti dipetik dari mStar Online.

Menurut Haqiem, dia tidak tahu siapa yang ingin menganiaya dirinya dengan menyebarkan fitnah itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here