Walaupun ramai yang tahu mi segera tidak elok dimakan, namun ia masih menjadi makanan kegemaran orang dewasa atau kanak-­kanak. Bahkan Institut Jantung Negara (IJN) juga telah mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak terlalu memakan mi segera kerana ia penyebab penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perasanya (seasoning powder).

Jika anda tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari penggunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah sup selepas anda menghabiskan minya.

Bagi yang gemar makan mi segera, sila jangan abaikan peringatan ini. Pastikan anda masak mengikut cara yang betul untuk mengurangakan kesan lilin dan MSG.

RAMAI MASAK MI SEGERA CARA YANG SALAH

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Ini adalah kaedah memasak mi segera yang SALAH. Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan­bahan yang ada dalam serbuk perasa terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.

KAEDAH YANG BETUL MASAK MI SEGERA

  1. Rebus mi di dalam periuk air.
  2. Setelah mi dimasak, toskan mi dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.
  3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
  4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.
  5. Sekiranya, jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

NOTA DARIPADA PAKAR PEMAKANAN: DIETICIAN

Seandainya anda membeli mi hakka yang kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air.

Proses ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesudu teh minyak ke dalam air dan juga mi tersebut perlu digoreng deep fried setengah masak untuk menjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkan mi tersebut daripada melekat semasa direbus.

Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yang sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG / Ajinomoto dan bahan kimia lain.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18­24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada sebagai bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari penggunaan mi segera secara kerap.

Jika kekerapan lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.

APA ITU MSG???

MSG ialah Mono Sodium Glutamate sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan secara semula jadi.

AjiNoMoto, Vedan dan lain­lain adalah jenama. Bahan yang sama iaitu MSG Racun Perasa yang ada dalam setiap makanan segera, sejuk beku atau di mana­mana gerai makanan terutamanya di kedai­kedai Masakan Thai­TomYam, 210% menggunakan MSG.

Sebab tu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah­olah rasa muak tu tiada. Kita mudah terangsang dan seolah­olah kita tak perasan ketagihan yang alami. Begitu juga dengan masakan Thai. Kita boleh makan TomYam, sup ekor, pakprit dan sebagainya dengan selera sekali.

Jenis racun @ bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan­lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari.

  • 1­ Perasa
  • 2­ Pewarna
  • 3­ Penaik
  • 4­ Penstabil
  • 5­ Pemanis
  • 6­ Pengawet

Sila berkongsi maklumat ini dan membantu menyelamatkan nyawa.

Sumber: Viral Muafakat Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here