Lelaki berusia 50 tahun ditahan dalam kejadian serangan dipercayai bermotifkan Islamofobia di Stanwell, Surrey. Menurut laporan The Sun, kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di pasar raya besar Tesco berhampiran Lapangan Terbang Heathrow.

Menurut polis, suspek dikatakan melaungkan kata-kata “bunuh semua Muslim” ketika menyerang seorang remaja di taman berkenaan.

Difahamkan, kes dikategorikan sebagai percubaan membunuh sebelum polis menyiasatnya sebagai kes serangan pengganas.

Kejadian ini berlaku selepas tragedi berdarah yang meragut 50 nyawa di Christchurch, New Zealand.

Polis Surrey menerima panggilan kecemasan jam 10.30 malam pada Jumaat selepas penduduk setempat melihat seorang lelaki memegang kayu pemukul besbol dan pisau bertindak agresif sambil menjerit kata-kata berunsur perkauman sebelum seorang remaja ditikam.

Menurut laporan, lelaki itu mendekati sekumpulan anak muda di kawasan letak kereta Tesco dan bertanya salah seorang daripadanya;

“Kamu ingin mati?

Kamu akan mati”

sebelum menyerangnya dengan sebilah pisau.

Remaja berusia 19 tahun yang cedera akibat ditikam di tangan itu berjaya melarikan diri ke McDonald’s berhampiran sebelum polis dan ambulans tiba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here