Filem Annabelle: Comes Home merupakan filem seram wajib tonton buat peminat filem bergenre seram ini.

Sedikit sinopsis filem Annabelle: Comes Home adalah filem ini mengisahkan anak patung Annabelle yang dibawa balik oleh pasangan Ed dan Lorraine Warren untuk dibendung kuasa kejahatannya. Akan tetapi, kuasa jahat Annabelle terbebas berikutan Daniela yang datang ke rumah tersebut telah membuka peti Annabelle disimpan.

Lalu, kuasa jahat yang berada dalam bilik tersebut juga bebas dan mula mengganggu dalam rumah tersebut dimana hanya ada Judy Warren, anak kepada pasangan Warren, Mary Ellen yang merupakan pengasuh kepada Judy, Daniela dan Bob.

Akan tetapi, kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Annabelle: Comes Home ini kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau, tiada spoiler yang akan dicampak dalam penulisan ini.

Filem Annabelle: Comes Home ini digarap dengan sangat rapi dan padat dengan penceritaan sehingga anda tidak perasan masa berlalu walaupun masa tayangannya ialah 2 jam 40 minit sahaja. Plot filem ini diambil dari waktu pasangan Warren menyiasat tentang Annabelle dan apabila Annabelle dibawa ke rumah mereka.

Walaupun filem ini penuh dengan adegan yang menampilkan pelbagai roh jahat dan aksi terkejut, tetapi ia turut menyelitkan humor yang just nice sepanjang filem ini. Pastinya menerusi filem ini akan membuatkan anda berasa takut akan kuasa dan kemampuan Annabelle jika ia bebas.

Bagi kami, filem ini berada dalam kelas seramnya tersendiri. Malah, apabila pelbagai roh jahat yang muncul dalam filem ini menjadikan ianya berbeza dan membuatkan anda tidak cukup masa untuk berehat dari terkejut.

Kami memberikan rating 9/10 bintang untuk filem ini dan jalan cerita yang dipersembahkan adalah menarik tetapi masih lagi ada kurangnya dari segi bagaimana roh-roh jahat dibendung yang kelihatan biasa. Jadi, anda harus menonton Annabelle: Comes Home di pawagam dan melihat sendiri di mana kurangnya.

Sumber: The Vocket

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here