Nak bergambar dengan Ali Syukri kena bayar RM1 dulu!

Kenyataan tersebut dimuat naik oleh usahawan dan penyanyi ini sendiri di Instagram miliknya dengan kapsyen,

“Ada cas yang dikenakan.. ada yang nak bergambar dengan saya tak? Sila baca caption di kertas saya tulis okay.”

Sekali baca rasa sakit hati tak? Macam entah apa-apa pula, untuk apa nak kenakan bayaran pula?

Apa lagi memang teruklah kena hentam. Bertubi-tubi netizen yang tak tahu apa hentam dirinya

Dah habis kena maki, rupa-rupanya niat Ali Syukri memang baik dan mulia. Katanya hasil dari sumbanagn RM1 dari mana-mana individu yang bergambar dengannya akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Bukan seringgit yang patut korang pandang. Tapi pandanglah pahala di akhirat nanti itu lagi besar. Bukan sebab nak bergambar dengan saya tapi rezeki yang kita kongsikan.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here