Seorang lelaki membelasah ahli jawatankuasa masjid di Sendayan, Seremban selepas mendapati dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp.

Harian Metro melaporkan, kejadian yang berlaku 1.45 tengah hari, semalam itu menyebabkan mangsa berusia 61 tahun cedera di muka dan perut akibat diterajang suspek.

Menurut sumber polis, suspek berusia 40-an itu mendatangi suspek yang sedang menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum bertanyakan kenapa dua rakannya dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp berkenaan.

Mangsa kemudian menjelaskan tindakannya dibuat selepas mendapati dua individu terbabit sering berkongsi mengenai kontroversi politik di kumpulan WhatsApp itu.

Jawapannya itu bagaimanapun membuat suspek naik berang dan bertindak menumbuk muka serta menendang mangsa sebelum dileraikan beberapa jemaah di situ.

Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Mambau, namun polis tidak membuka kertas siasatan kerana mereka sudah menyelesaikan kes secara baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here