Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, seakan masih lagi misteri. Selepas lebih daripada dua minggu dilaporkan hilang di Bukit batu Putih, Gopeng, Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap masih belum dijumpai.

Pelbagai usaha dan inisiatif diambil bagi membawa pulang Acap tetapi belum juga membuahkan hasil. Kehilangannya sejurus menyertai larian Ultra Gopeng betul-betul menggemparkan rakyat Malaysia.

Acap dah jumpa ke?

Namun begitu, semalam, salah seorang daripada kumpulan sukarelawan operasi mencariAcap telah memuat naik satu kenyataan yang diaggap memberi petunjuk dalam misi pencarian tersebut.

Habis bunian kena fitnah?

Menurut muat naik daripada Facebook Muhammad Mamzah, dia menjelaskan operasi mencari daripada kumpulannya sudahpun selesai dan memberitahu bahawa rumusan daripada kehilangan Acap akan dibongkarkan oleh pihak polis tidak lama lagi.

Harap pulang dalam keadaan selamat?

Kenyataan tersebut ditambah lagi dengan teka-teki sama ada benarkan Acap sudah pun ditemui dan berada di satu lokasi yang tidak diketahui.

Tunggu kenyataan daripada pihak berkuasa dan keluarga mangsa

Beberapa sukarelawan juga seolah-olah mengandaikan bahawa ada cerita di sebalik kehilangan Acap.

Ehhh betul ke ni?

Rata-rata netizen seakan tertanya-tanya tentang kebenaran tersebut dan meninggalkan komen di Facebook milik Mamzah. Setakat ini belum ada sebarang maklum balas daripda pihak PDRM dan juga keluarga Acap mengenai perkembangan operasi pencarian itu.

Rata-rata warga netizen sedang hangat membawang di Twitter yang Acap kini berada di Johor.

Sumber : Muhammad MamzahPangiran Satria Aduka,Mohd Fitri

Sumber 2: Oh My Media

Update dari Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here