Apabila berasmara, gigit leher dan dada pasangan adalah teknik yang paling best untuk menggoda pasangan namun ia sebenarnya agak memalukan selepas itu.

Bukan apa, malu kerana kesannya dapat dilihat dengan jelas lebih-lebih lagi pada bahagian leherdan juga dada.

Kalau perempuan tak apalah kerana bagi yang Muslim, mereka memakai tudung tetapi lelaki, takkan nak pakai skarf pada leher.

Sehubungan itu, berdasarkan sumber pembacaan dalam media sosial, Kami menemui ada cara untuk hilangkan kesan love bite seperti :

1. Guna panadol

Ambil sebutir panadol dan hancurkannya. Kemudian tuang sedikit air dan sapukan pada tempat yang mempunyai bekas gigitan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dengan air seperti biasa.

2. Guna Eye Mo

Jika kesan love bite itu masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (Eye Mo) di bahagian tersebut. Biarkan untuk seketika.

3. Guna ais

Letakn dan sapukan beberapa ketul ais di leher atau dada anda sehingga kesan gigitan cinta yang seksi itu semakin hilang. Cuma kena tahan sejuk sedikit.

4. Guna bawang putih

Jika cara di atas tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

5. Guna concealer

Boleh juga ‘tutup’ love bite tersebut dengan menggunakan ‘concealer’ yang sama warna dengan kulit. Try tanya pasangan anda ada atau tak. Kalau ada, sila pinjam.

Apa-apa pun, tidak dinafikan love bite meninggalkan kesan yang sangat seksi sebaik sahaja selesai berasmara.

Yang jadi tak best, orang tahu kita jenis kuat seks, geram atau rakus ketika diranjang dan orang luar tak sepatutnya tahu pun tak apa. Hahaha..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here