Sebut sahaja perkara ini mesti ramai di antara anda ada rasa ingin mengelak. Ya, subjek yang dianggap cukup bersifat peribadi ini sebenarnya sebuah open secret bagi semua lelaki.

Akibat rasa ingin tahu atau ingin memuaskan nafsu. Itu antara sebab mengapa ramai di antara anda mula berjinak­jinak dengan masturbasi yang mungkin bermula sejak zaman usia remaja.

Perkara ini amat jarang dibincangkan secara terbuka. Apatah lagi dibincangkan bersama dengan ahli keluarga yang lain. Cuba ingat semula pernah tak anda diberitahu tentang perkara ini atau bahaya ketagihan masturbasi oleh orang tua.

Besar kemungkinan tidak. Rata­rata daripada kita mengetahui tentang tabiat ini pun daripada rakan-­rakan lelaki yang lain atau mungkin dengan bahan bacaan terlarang sama ada dari majalah luar negara atau pun video lucah.

Tapi tahukah anda bahawa ketagihan melakukan masturbasi boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda sama ada dalam jangka masa pendek dan panjang.

5 Kesan Buruk Untuk Mereka Yang Selalu Melancap

LEMAHKAN DIRI

Ya, perbuatan masturbasi boleh membuatkan anda berasa lemah dan tak bermaya. Tahukah anda bahawa air mani seorang lelaki mengandungi protein, kalsium, zink, tenaga dan zat mineral lain.

Kepada yang sering melakukan masturbasi pasti akan dapat merasai sensasi rasa penat yang lain macam, bukan?

PENGARUH BURUK KEYAKINAN DIRI

Ya dari hukum agama Islam pun perbuatan masturbasi ini adalah haram. Walaapun ada pendapat ahli fiqh Mazhab Hanbali mengatakan ia adalah harus JIKA untuk mengelakkan zina dan tak mampu berkahwin.

Perbuatan ini akan membuat anda rasa kesal sebaik sahaja selesai melempiaskan nafsu. Dan ini tidak baik untuk keyakinan diri anda.

JADI RUTIN & KETAGIH

Mula­mula masturbasi dilakukan kerana ingin rasai keseronokan. Namun lama­kelamaan ia boleh berubah menjadi satu rutin yang selalu dilakukan. Lalu anda sendiri tak perasan bahawa anda sebenarnya ketagih melakukan masturbasi.

Dan bila sudah ketagih anda akan cari pelbagai cara untuk mencuri masa melakukannya. Apabila ini berlaku ioa memberi kesan kepada kegiatan harian anda.

MENGURANGKAN SENSASI

Bagi lelaki yang sudah berkahwin tolonglah jauhi perbuatan ini. Jika anda sering melakukannya ia hanya memberi kesan buruk terhadap hubungan intim anda bersama isteri.

Menurut kajian, masturbasi boleh memberi kesan terhadap sensitiviti terhadap alat kelamin anda. Dalam erti kata lain ia membuatkan anda kurang nikmati sensasi ketika melakukan hubungan bersama pasangan.

MATI PUCUK

Bila ketagihan ini berlakudalam tempoh yang lama ia boleh menjadi penyebab anda mati pucuk atau erectile dysfuntion. Bila terlalu kerap dilakukan daya sensitiviti alat kelamin lelaki akan terganggu.

Selain itu ia juga menjadio penyebab utama mengapa lelaki berdepan masalah ejakulasi pramatang. Bila perkara ini berlaku ia pasti akan meregangkan hubungan anda dengan pasangan.

Ingat tanggungjawab anda untuk isteri adalah zahir dan batin, ya

BERDEPAN STRES

Ada pihak beranggapan dengan melakukan masturbasi ia merupakan salah satu jalan untuk melepaskan tekanan. Sebenarnya anggapan itu salah! Apabila seorang lelaki itu mencapai tahap ketagihan masturbasi dia akan sentiasa memikirkan tentang seks.

Apa sahaja perkara yang dilihatnya pasti menjadi ancaman ransangan. Bila sudah tidak tahan dia akan tertekan kerana ingin melempiaskan rasa ingin masturbasi dengan membuak-­buak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here